CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

syawal..syariat atau adat

SYAWAL menjelang lagi. Ia adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menyucikan jiwa daripada nafsu dunia dan kembali kepada fitrah yang suci.

Lantaran itu, Aidilfitri disambut dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran dengan iringan takbir, tahmid dan tasbih.

Sesungguhnya kegembiraan menyambut Aidilfitri tidak diungkapkan dengan menuruti hawa nafsu tetapi disalurkan sesuai dengan syariat Islam. Sewajarnya beginilah cara umat Islam menyambut Aidilfitri.

Namun, budaya masyarakat setempat sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk sambutan ini, sehinggakan banyak amalan-amalan yang kurang bertepatan dengan syariat dicampuradukkan hingga sukar dibezakan antara adat dengan syariat.

Lupakah mereka akan maksud sebenar Aidilfitri, sehingga mereka lebih mengutamakan perkara-perkara sampingan daripada tuntutan agama.

Temubual dengan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri sembilan, Nidzamuddin Zakaria dapat menjelaskan amalan seperti bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi, pemberian duit raya dan ‘rumah terbuka’ agar bertepatan dengan roh dan semangat Syawal.

Soalan: Kesempatan yang tidak pernah dilepaskan oleh umat Islam sewaktu menyambut hari raya, ialah amalan bermaaf-maafan. Ia sudah menjadi satu kebiasaan pada pagi hari raya. Adakah perbuatan ini hanya perlu dilakukan pada hari raya?

Jawapan: Hakikatnya tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam, hari kedamaian dan hari kegembiraan umat Islam, eloklah kita menggunakan kesempatan bermakna ini, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita.

Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allah s.w.t bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah s.w.t. (Riwayat Muslim)

Bertepatan dengan Aidilfitri yang juga merupakan hari perdamaian, kerana pada hari itu dinyatakan perdamaian hidup sama ada dalam rumah tangga, hubungan sesama kaum kerabat atau sanak saudara dan rakan taulan serta seluruh kaum Muslimin, sama ada di desa mahu pun kota, semuanya menyambut kedatangan Syawal mulia ini dengan wajah berseri-seri, hati yang girang dan tangan bersalam-salaman mengucapkan Selamat Aidilfitri sambil bermaafan. Ini selaras dengan apa yang ditunjukkan Baginda kepada salah seorang sahabat dalam sepotong hadis bermaksud:

Daripada Uqbah bin Amir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu. (Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak)

Dalam kita bermaaf-maafan itu, adakah perlu mengikut hierarki, seperti yang muda kepada yang tua dan sebagainya ataupun apabila kita merasa telah melakukan kesilapan, tidak kira usia kita terus meminta maaf?

Setiap makhluk bernama manusia tidak terlepas daripada dosa dan kesalahan, sama ada kepada Tuhan atau sesama makhluk, khususnya sesama manusia. Sama ada dosa itu secara sedar atau tidak, zahir mahu pun batin.

Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah s.w.t dan saudaranya yang lain). (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kesalahan sesama manusia terjadi sama ada berbentuk penganiayaan, pengambilan hak secara tidak sah, umpatan (kata-kata di belakangnya), kata nista dan sebagainya.

Sekiranya ia bersangkutan dengan pengambilan hak orang lain tanpa jalan yang halal atau izin tuannya, seperti mencuri atau merampas hak orang lain, maka ia harus dipulangkan kembali, melainkan sekiranya ia dimaafkan atau dihalalkan oleh saudaranya.

Adapun kesalahan selain itu seperti umpatan, kata nista dan seumpamanya, ia dapat diluputkan atau dilangsaikan dengan bermaaf-maafan. Justeru, hari baik dan bulan baik inilah waktu yang paling bermakna untuk kita saling bermaaf-maafan dan redha-meredhai agar makna agung ‘al-Fitri’, iaitu kembali kepada fitrah dan kesucian diri dapat dimanifestasikan dalam kehidupan masyrakat kita seluruhnya.

Dalam perkembangan era teknologi yang semakin canggih, pastinya turut mengubah kehidupan masyarakatnya. Di antaranya ada yang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memohon maaf kepada ibu bapa disebabkan pelbagai faktor?.

Ibu bapa kita telah bersusah payah membesarkan kita dan sanggup berkorban apa sahaja, berpenat lelah dan berusaha sedaya upaya mendapatkan nafkah untuk menyara anak-anak, mereka sanggup berjimat dan mengikat perut semata-mata untuk mengenyangkan anak-anak, sehingga ada di antara anak-anak mereka yang hidup senang-lenang kerana mendapat pendidikan yang sempurna.

Begitulah tingginya nilai kasih sayang dan agungnya layanan mesra ibu bapa pada anak-anak yang berupa permata hati mereka.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ahkaf ayat 15 bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Justeru, alangkah eloknya jika anak-anak dapat membalas jasa bakti ibu bapa mereka dengan memberi semula layanan yang sempurna, apatah lagi bersempena dengan hari agung dan kemuliaan umat Islam ini.

Tindakan memohon ampun dan maaf daripada ibu bapa sekadar menggunakan medium SMS, adalah sangat tidak wajar dan dilihat sebagai suatu bentuk layanan dan perhubungan yang biasa sahaja, seperti perhubungan dengan rakan dan taulan, bahkan ia tidak menggambarkan status ibu bapa di tempat yang mulia.

Oleh itu, lahirkanlah layanan yang istimewa dan cinta yang setinggi-tingginya kepada semulia-mulia insan dengan mencium tangan ibu bapa tersayang pada hari mulia ini.

Namun, sekiranya ada halangan yang membataskan hal tersebut, sekurang-kurangnya gunakanlah medium telefon untuk ucapan selamat hari lebaran dan memohon ribuan kemaafan.

Sebenarnya ucapan yang terbit dari mulut anak itu adalah lebih enak dan manis didengar ibu bapa, berbanding dengan keenakan dan kelazatan juadah hari raya itu sendiri.

Satu lagi amalan yang digalakkan di dalam Islam, iaitu menziarahi kuburan. Sayangnya di sini, amalan sebegini lebih popular pada pagi hari raya sahaja?

Sebenarnya, menziarahi kubur adalah sunah yang disyariatkan Nabi Muhammad s.a.w. dalam agama Islam kerana ia mengingatkan seseorang kepada Hari Akhirat. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Akan tetapi, sudah menjadi budaya dan adat umat Islam di sini yang menghidupkan sunah tersebut hanya pada hari-hari tertentu, iaitu pagi Hari Raya Aidilfitri. Apatah lagi hari tersebut dirasakan kurang sempurna kalau tidak bersama dengan orang tersayang, biarpun mereka telah pergi ke rahmatullah.

Pun begitu, sekiranya ziarah kubur pada hari mulia tersebut boleh membawa kepada kesedihan yang berpanjangan dan memudaratkan, maka ia menjadi makruh pula.

Walau bagaimanapun, amalan tersebut bolehlah diteruskan, cuma biarlah ia tidak dijadikan amalan bermusim atau mengikut sempena tertentu. Ziarahlah kubur pada hari-hari yang lain juga, lebih-lebih lagi semasa jenazah dikebumikan, lantaran banyaknya pahala yang terdapat dalam amalan mengiringi jenazah ke kuburan.

Seperkara lagi, jagalah adab-adab sewaktu berada di tanah perkuburan, di antaranya; mengucapkan salam, doakan keampunan buat mereka yang telah pergi lebih dahulu daripada kita, elakkan memakai perhiasan yang melampau atau pakaian yang kurang sopan dan elakkan perbuatan yang bidaah dan khurafat di tempat tersebut.

Bagaimana pula adab menziarahi sesama Islam. Siapakah yang perlu diberikan keutamaan, sama ada jiran terdekat, saudara mara dan teman-teman?

Bersabit dalam hadis riwayat Jabir bin Abdullah, Baginda akan mengambil suatu jalan semasa pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan akan mengambil jalan yang lain pula semasa pulang daripada solat tersebut.

Hikmahnya adalah bagi meramaikan sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang ditemui atau diziarahi untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beroleh kemenangan berpuasa selama sebulan Ramadan.

Justeru, adalah lebih elok sekiranya pada pagi Aidilfitri telah bersalam-salaman dan mengucapkan tahniah atas kejayaan menunaikan ibadat puasa selama sebulan, lantas mendoakan agar amalan-amalan itu diterima Allah dengan lafaz: Taqabbalallahu minna wa minkum Soleh al-’Amal.

Doa-mendoakan sesama Islam juga aspek penting yang perlu dihidupkan pada hari lebaran agar terpancar syiar keimanan dan ketakwaan pada hari mulia itu, bukan sekadar hari untuk bersuka ria atau berseronok.

Namun begitu, kadang-kadang kita hanya melafazkan: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin hinggakan kita terlupa ucapan yang lebih bermakna daripada itu, iaitu; mendoakan agar segala amalan sebulan Ramadan ini diterima dan dimakbulkan Allah.

Bagaimana pula halnya dengan pemberian duit raya. Adakah ia satu keperluan dalam agama atau hanya suatu budaya?

Kalau pemberian itu suatu keperluan, maka ia akan menjadi suatu perkara yang rumit bagi golongan yang kurang berkemampuan. Jika amalan tersebut menjadi suatu budaya pula, ditakuti ia hanya tradisi masyarakat atau adat kebiasaan dan bukan dilihat sebagai ibadat bersedekah yang dianjurkan dalam Islam.

Oleh itu, konsep pemberian duit raya seharusnya berpaksikan tujuan dan niat yang jelas bertepatan dengan sepotong hadis Nabi yang menganjurkan umatnya bertukar-tukar hadiah kerana ia mengundang perasaan mahabbah sesama Islam.

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci. (Riwayat Baihaqi)

My Raya with Maybank!

Adakah terdapat hadis ataupun pendapat ulama yang menjelaskan pemberian duit raya menjadi satu keutamaan?

Secara langsung memanglah tidak ada nas yang khusus berkenaan duit raya ini, tetapi kalau secara tidak langsung, memang wujud gesaan atau hadis Baginda tentang tingginya kebaikan di sisi Tuhan sekiranya kita dapat mewujudkan atau menimbulkan kegembiraan di hati saudara-saudara kita yang lain.

Sepotong hadis Nabi ada menyebutkan: Sesiapa yang menimbulkan kegembiraan di hati mana-mana penghuni rumah, nescaya Allah s.w.t. tidak meredhai baginya melainkan diberikan pemberian syurga-Nya. (Riwayat Tabrani)

Lantaran itu, eloklah kita serikan dan meriahkan hari lebaran terutama di kalangan golongan yang kurang bernasib baik, kurang berada atau kanak-kanak.

Bagaimanakah pula bagi yang tidak mampu tetapi apabila melihat orang lain memberi duit raya, maka dia terpaksa juga memberinya?

Pemberian duit raya adalah antara amalan-amalan kebajikan atau pemberian ikhlas seseorang yang disunatkan dalam Islam. Ia bukanlah sampai kepada tahap seperti zakat fitrah yang wajib ke atas setiap umat Islam.

Justeru, berikanlah sumbangan itu dengan seikhlas dan setulus hati, tanpa dipaksa oleh rasa bersalah sekiranya ia tidak dapat memberikannya. Sekiranya tidak mampu memberikan duit, maka juadah hari raya yang disajikan juga mencapai maksud pemberian yang dianjurkan dalam Islam.

Ataupun sesetengah orang ada yang memberi hadiah berupa gula-gula yang dibungkus sebagai alternatif bagi yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah sepatutnya penghayatan Ramadan agar tidak berlaku amalan pembaziran?

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Isra’ ayat 26 dan 27 bermaksud: Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhan-Nya.

Selama sebulan lamanya kita ditarbiah dalam situasi yang sederhana, sama ada dalam aspek pemakanan, minuman, kehidupan seharian dan seumpamanya. Tambahan pula, sebagaimana yang kita semua maklum, bahawa sepanjang kita berpuasa sebenarnya kita bermujahadah melepaskan diri daripada kongkongan syaitan.

Oleh itu, adalah bertentangan dengan roh dan jiwa Ramadan apabila kita yang meninggalkan syaitan pada bulan Ramadan, tiba-tiba menjadi kawan atau sahabat syaitan menjelang Syawal dengan pembaziran yang melampau.

Lantaran itu, bagaimanakah semangat Syawal yang perlu diterapkan?

Semangat yang perlu diterapkan di antaranya ialah:

1. Semangat kita dengan Allah s.w.t.:

Seorang hukama pernah berkata: “Bukanlah hari raya itu dengan baju yang baru, tetapi hakikat hari raya itu adalah dengan takwa yang semakin jitu.” Semangat ketakwaan yang semakin menebal dan kukuh di jiwa setiap calon yang telah berjaya menamatkan latihan Ramadan selama sebulan, itulah makna hari raya sebenarnya yang dikehendaki syarak.

Begitu juga dengan semangat ‘kembali baru atau fitrah’, itulah manifestasi Aidilfitri yang bermakna kembali (aidil) ke pangkal fitrah (fitri) yang suci dan murni. Suci dari segala kotoran lahiriah dan batiniah serta bersih daripada noda dan dosa adalah hasil yang paling berharga pada hari raya ini.

Dalam pada itu juga, Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran kepada Yang Esa atas nikmat agung berupa Hari Kebesaran yang dihadiahkan Allah kepada sekalian hamba-Nya yang telah menamatkan ibadat puasa pada bulan Ramadan.

2. Semangat kita sesama manusia

Semangat bermaaf-maafan, iaitu buangkan yang keruh, ambil yang jernih adalah semangat yang harus diterapkan sempena hari mulia ini. Janganlah hanya kerana isu memilih kampung untuk beraya contohnya, akhirnya bergaduh suami isteri pada hari mulia ini. Ia tentunya bertentangan dengan roh atau semangat hari raya yang berupa hari perdamaian dan berbaik-baik antara sesama Muslim.

Begitu juga semangat bantu-membantu terutamanya terhadap golongan yang susah, seperti anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, ibu-ibu tunggal, kaum mualaf dan seumpamanya. Mereka juga ingin mengecapi nikmat raya dan kemeriahan Syawal yang menjelang.

Sumbangkanlah sekadar termampu apa jua bantuan bagi mereka yang kurang bernasib baik tersebut. Mereka yang dibantu pula jangan lupa berterima kasih kepada yang menghulurkan bantuan bersesuaian dengan hadis Nabi bermaksud: Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, pasti tidak bersyukur dengan nikmat yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih dengan manusia, sebenarnya, dia tidak bersyukur dengan Allah s.w.t. (Riwayat Imam Ahmad).

Semangat ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan sesama insan amat penting. Kadang-kadang, ada yang tidak pernah bertegur sapa selama bertahun-tahun lamanya atau tidak pernah berkunjung ke rumah saudara mara selama sekian lama. Maka, inilah masa terbaik untuk kita menjalinkan semula ikatan silaturahim sesama kita bertepatan dengan gesaan Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya, maka hubungkanlah silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana cara sunah Nabi dalam menyambut Aidilfitri?

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.



sekian,disini ahli batch 786 ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.minal a'idin wa al-fa'izin,kullu 'amin wa antum bi khair.salam

khatam alquran (alhafiz)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH

Tahniah diucap kepada EMPAT orang pelajar tingkatan yang telah habis mengkhatamkan al-quran sekaligus menghafalnya. pelajar tersebut ialah abdul mustaqim bin abu bashar,zuhair hadi bin zakaria,zulkifli bin su'aibunaha serta muhammad al-amin bin mohd arif. seterusnya ucapan EMPAT orang pelajar "kami berempat ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada ibu bapa,guru-guru tahfiz,guru-guru,rakan-rakan batch 786 serta rakan-rakan yang lain kerana telah banyak memberi sokongan kepada kami, tanpa sokongan yang diberi kami harap kami tidak dapat mengkhatamkan al-quran dengan begitu cepat. Apa yang tinggal sekarang adalah mengulang supaya tidak lupa apa yang dihafal oleh kami.kami mengharapkan ahli batch 786 cm mengkhatamkan al-quran dengan lebih cepat supaya senang untuk mengecapi peperiksaan besar iaitu SPM serta bersama-sama menaikkan nama sekolah menengah tahfiz al-quran. terima kasih semua, sayang korunk smue. salam dihulurkan. assalamualaikum". sekian,itulah tadi ucapan yang diucapkan kepada semua ahli dan warga smtaq. sekian juga daripada saya,maaf jika tersalah cakap ataupun bertutur, yang baik dari Allah & yang buruk dari kesalahan saya sendiri.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH

ramadhan berlalu

Empat hari lagi Lebaran tiba. Bagi yang punya kampung halaman, pikiran pasti sudah mudik, mudik, dan mudik. Membayangkan bertemu orangtua dan sanak saudara. Sungguh menyenangkan. Yang tidak menjalani ritual mudik tahunan barangkali juga gembira. Membayangkan lepas dari bulan Ramadan. Bebas dari menahan rasa lapar dan dahaga serta berhubungan suami istri di siang hari
Libur panjang atau cuti bersama bagi para pegawai juga membuat kita ingin segera keluar dari Ramadan. Intinya, kita saat ini sedang menghitung hari menuju hari kebahagiaan, Hari Raya Idhul Fitri. Kita pun sibuk membeli kue Lebaran, baju baru, mengecat rumah, dan persiapan ini dan itu.
Berbeda sekali dengan sikap dan para orang saleh terdahulu. Mereka bersedih hati ketika melepaskan Ramadan. Ali bin Abi Thalib RA, misalnya. Ketika malam penghabisan atau Ramadan, beliau berwajah cemas. Dengan berlinang air mata, Ali menyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang mengharu biru.
"Wahai dapatkah kiranya aku mengetahui siapakah gerangan orang yang telah pasti diterima amalan puasanya, supaya aku dapat mengucapkan selamat berbahagia kepadanya? Dan siapakah orang-orang yang bernasib malang, karena tidak diterima puasanya oleh Allah, supaya aku dapat menghibur hatinya?"
Ibnu Masud RA juga melakukan hal serupa. "Wahai saudaraku yang telah pasti diterima amal puasanya, selamat dan ber-bahagialah dirimu. Dan wahai saudaraku yang ditolak amal puasanya, aku turut berdoa semoga Allah akan menutup bencana yang akan menimpa dirimu."
Ada beberapa alasan mengapa para sahabat bersedih hati. Pertama, Ramadan bulan penuh keutamaan dan kemuliaan. Setiap muslim tentu berharap setiap bulan adalah bulan Ramadan. Supaya dapat terus mendapatkan kebaikan-kebaikan-nya. Pahala dilipatgandakan, dosa diampuni, dan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kita juga menjadi lebih sabar, dapat menahan amarah, mampu mengendalikan diri, serta terbiasa melakukan hal-hal yang baik. Salat taraweh, mem-baca Alquran, dan Qiyamullail.
Namun, ketika Ramadan pergi, keutamaan-keutamaan itu pun pergi. Orang yang sangat memahami keistimewaan bulan suci ini, jelas saja bersedih hati. Sebab, belum tentu dia bisa berjumpa dengan bulan yang di dalamnya diturunkan Alquran ini pada tahun depan. Entah karena sakit atau dipanggil ke pangkuan Allah SWT.
Kedua, kesedihan itu bermuara kepada ketakutan yang sangat akan tidak diterimanya amal-amal itu. Ramadan dapat dinikmati. Tapi, diterimanya amal belum pasti. Para sahabat khawatir tentang kualitas puasanya apakah sekadar menghapus kewajiban? Mereka juga khawatir terhadap sedekah, apakah karena dikatakan dermawan? Begitu pula dengan salat malamnya, tadarus Alquran, dan amal kebaikannya yang lain. Mereka khawatir jika amal yang telah dilakukan itu tercampur dengan rasa pamer dan kesombongan. Jika demikian,maka hanguslah amal-amal itu.
Apa yang disebutkan Rasulullah SAW bahwa, "Pertama kali yang dihisab pada hari kiamat adalah tiga golongan manusia. Pertama, seorang yang mati di medan jihad. Kedua, pembaca Alquran. Ketiga, seseorang yang gemar berinfak. Jenis golongan manusia ini, Allah SWT campakkan ke dalam neraka. Sebab, mereka beramala bukan karena Allah SWT, melainkan sekadar mencari popularitas." (HR Muslim).
Para sahabat Rasulullah SAW ketika enam bulan selepas Ramadan mereka berdoa, "Ya Allah terimalah puasa dan amalan kami di bulan Ramadan." Setengah tahun berikutnya mereka berdoa, "Ya Allah, sampaikan umur kami hingga kami menjumpai Ramadan."
Ya, karena mereka tahu tentang penting dan berharganya bulan Ramadan. Mereka juga sangat mencintai Ramadan. Bagaimana dengan kita? Bersedih atau berbahagia? (*)

Nisfu Sya'ban


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikatuntuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

iblis datang mengganggu ketika sakaratul maut


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”
Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.   






Batch 786 elit

Peranan Pemuda Islam



Pemuda digambarkan sebagai seseorang yang sedang melalui satu peringkat tumbesaran di mana kekuatan fizikal, mental dan spiritual berada pada tahap yang paling optimum. Zaman ini merupakan satu peringkat seseorang manusia mampu mencari resolusi terbaik buat menangani masalah yang didepani.
Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran .
Firman Allah :
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya, maka sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. ( al- Kahfi : 13 )
SIAPAKAH PEMUDA ISLAM ?
Pemuda Mithali Sepanjang Zaman
Nabi Ismail a.s
Al-Quran jelas menceritakan kisah pengorbanan pemuda mulia ini yang sanggup menuruti perintah Allah seperti yang diimpikan oleh bapanya. Hatinya tidak terdetik untuk membantah perintah Allah. Ketaatan kepada agama anutannya adalah mutlak.
Hai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. Hai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. ( as Saffat : 102 )
Nabi Yusuf a.s
Walaupun ditawarkan dengan keghairahan oleh wanita bangsawan yang jelita namun Nabi Yusuf tetap tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Baginda lebih rela disumbat ke penjara dengan penuh kehinaan walaupun peluangnya untuk melepaskan diri terbuka luas jika baginda menuruti kehendak wanita tersebut. Antara dua ujian – ujian dunia ( dipenjara) atau ujian agama (zina),baginda memilih untuk menghadapi ujian dunia.
Aku mohon berlindung kepada Allah,sesungguhnya tuanku telah memperlakukan aku dengan baik,sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim. (Yusuf: 23)
Ini merupakan dua contoh daripada ramai pemuda-pemuda Islam mithali yang seharusnya menjadi idola kepada pemuda Islam keseluruhannya.
Pertama : Tanggungjawab Memahami Islam
Tanggungjawab ini telah digariskan oleh agama. Pemuda-pemuda perlu mempelajari ilmu agama namun diwaktu yang sama tidak meninggalkan bidang pengkhususan masing-masing.
Pemahaman yang tepat terhadap Islam akan mengelakkan mereka daripada menambah perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan agama dan dinamakan dengan Bid’ah Hasanah. Pemahaman yang tepat juga mengelakkan pemuda-pemuda daripada mengurangkan dan mengubahsuaikan agama supaya menepati selera mereka.
Sabda Nabi S.A.W :
Barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara baru dalam urusan kami ini, perkara yang tidak bersangkutan dengannya, maka ia tertolak.
Pemuda-pemuda harus membezakan antara perkara tunjang dengan cabang. Mereka juga sepatutnya mendahulukan perkara yang lebih utama berbanding perkara yang remeh temeh. Keupayaan membezakan antara halal dan haram, fardhu dan sunat, makruh dan harus sepatutnya menjadi pertimbangan pemuda-pemuda Islam.
Pemahaman ini tidaka akan diperolehi dengan tepat melainkan jika sumber yang digunakan adalah Al-Quran dan Sunnah, bukannya cerita-cerita Israiliyat, riwayat-riwayat dhaif, hadis-hadis ciptaan ataupun ilham peribadi.
Lantaran itu, belajar adalah satu perkara yang wajib dan menjadi wasilah untuk mendapat kefahaman yang jelas terhadap agama dan pengetahuan yang lain. Sebagai contohnya, pemuda-pemuda tidak lari daripada mempelajari hokum-hukum bersuci, sembahyang dan puasa.
Mereka juga tidak boleh lari daripada mempelajari hukum-hukum haji. Seandainya pemuda-pemuda ini seorang yang berharta maka wajar bagiya untuk mempelajari hokum zakat dan jika pemuda tersebut seorang usahawan maka wajib baginya mempelajari hokum-hukum yang berkaitan dengan keusahawanan.
Pemuda-pemuda juga harus belajar daripada pengalaman-pengalaman orang-orang terdahulu dan mengambil seerah Rasulullah sebagai panduan di dalam urusan hidupnya. Namun akibat kecuaian umat Islam suatu ketika dahulu, pemuda-pemuda lebih mengetahui sejarah barat. Malah memalukan kerana mereka engenali Napoleon lebih baik berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak mengetahui melainkan kekejaman Islam dan terpesona dengan peradaban Barat.
Dari sinilah bertolaknya kewajipan pemuda-pemuda Islam untuk memahami Islam diajar secara berperingkat-peringkat. Begitulah juga dengan amalan untuk melaksanakan ajaran Islam. Pemuda-pemuda Islam bolehlah berpada dengan amalan fardhu, kemudian melakukan amalan sunat dan nawafil. Selepas itu mereka cuba untuk melengkapkannya dengan bangun malam dan melipatgandakan amalan-amalan sunat.
full-time-muslimDemikian jugalah dari segi meninggalkan tegahan Allah. Pemuda-pemuda Islam memulakannya dengan meninggalkan perkara-perkara yang jelas haram dan diikuti dengan perkara-perkara syubhat dan makruh dan akhir sekali meninggalkan kebiasaan perkara-perkara sia-sia yang mungkin pada pandangan umum merupakan kebiasaan yang tiada salahnya.
Dia patut memahami Islam sehingga dia mampu menolak sebarang bentuk keraguan dan salah faham terhadap agama Islam. Selain daripada itu, dengan pemahaman yang jitu pemuda-pemuda akan mampu untuk memahamkan orang-orang lain dan menangkis tohmahan orang-orang sesat.
Kedua : Tanggungjawab Beramal Dengan Islam
Pohon yang rendang tidak bermanfaat seandainya tidak mengeluarkan buah. Begitulah perumpamaan seorang yang berilmu tetapi gagal beramal dengan ilmunya. Janganlah pemuda Islam menjadi bahan tempelakan Allah seperti Allah menempelak bangsa-bangsa terdahulu yang menerima kitab samawi dan mereka belajar tentangnya tetapi tidak dengan ajaran yang dipelajarinya.
Firman Allah :
Perumpamaan orang-orang yang dipikul ke atas mereka Kitab Taurat , kemudian mereka tidak memikulnya (tidak beramal dengan kandungannya) adalah seperti kaldai yang membawa kitab-kitab tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu dan allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. ( al Jumu’ah : 5 )
Dakwah Islamiah lebih cepat tersebar melalui Qudwah yang baik yang terpancar melalui akhlak-akhlak dan perilaku umat muslimin. Seandainya pemuda Islam gagal untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah dipelajari dan difahaminya, maka usaha penyebaran dakwah akan terbantut. Islam amat indah jika dibaca di dalam buku tetapi dek kerana kesilapan penganutnya yang enggan beramal dengan ajaran Islam secara total maka tampaklah keburukan umat Islam.
Amat menyedihkan umat islam kini tatkala mendengar kata-kata seorang Barat yang baru menganut agama Islam ; “ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenali orang-orang Islam”.
Ketiga : Tanggungjawab Berdakwah Kepada Islam
Tidak cukup untuk seseorang pemuda memahami Islam dan berjaya membentuk dirinya menjadi seorang yang soleh tetapi dituntut daripada mereka untuk memikul beban dakwah Islam.
Firman Allah :
Hai anakku ! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah ( mereka ) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. (Luqman : 17 )
Dewasa ini kejahilan yang melata di dunia menuntut pemuda Islam untuk menjadi seorang pekerja agama buat mengembalikan manusia kepada pengalaman Islam yang mutlak. Tugas ini bukanlah satu tanggungjawab yang ringan dek kerana halangan-halangan daripada manusia sendiri yang bebal untuk menerima Islam sebagai agama yang sempurna. Namun dalam melaksanakan tanggungjawab ini pemuda Islam harus sedar bahawa tiada satu dakwah pun yang tidak akan ditentang. Pemuda Islam harus sedar tiada tugas yang lebih besar yang menanti mereka daripada melaksanakan tanggungjawab berdakwah ini.
Firman Allah : Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang menyeru kepada Allah, mereka mengerjakan amal soleh dan berkata “ Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerah diri “. ( Fussilat : 33 )
Keempat : Tanggungjawab Bersatu Kerana Islam
Pemuda-pemuda Islam yang berkefahaman jitu dan sanggup bekerja untuk Islam seharusnya bertanggungjawab untuk saling Bantu membantu sesame pekerja Islam dan sama-sama berusaha untuk mengembalikan keagungan Islam. Tugas ini amatlah berat dan cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya pekerja-pekerja Islam bergerak secara bersendirian. Islam memerlukan pekerja yang bergerak secara berkumpulan dan jiwa pekerjanya diikat dengan tali kasih sayang dan ukhuwwah walaupun terdapat perbezaan corak kerja antara kelompok-kelompok Islam.
Sekiranya golongan kafir mampu untuk bersatu menentang Islam,kenapakah petugas-petugas Islam tidak mampu berganding bahu dan saling bantu membantu untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ?
Firman Allah :
Dan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Jika kamu ( orang-orang Islam ) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu,nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar. ( al-Anfal : 73 )
Akhir kata inilah empat tanggungjawab yang mesti dilangsaikan oleh pemuda Islam. Mereka sepatutnya memeriksa setiaptanggungjawab ini di dalam dirinya; adakah semua tuntutan ini sudah ditunaikan ataupun pernahkah dia melaksanakan tanggungjawab ini ?. Berbanggalah mereka tatkala hari kemenangan Islam tiba dan mereka merupakan penolong agama allah.





Dan di hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah. Dia yang menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Pengasih ( ar- Rum : 4-5 )
Semoga kita menjadi batu bata kepada binaan Islam..pewaris Generasi Solahuddin al-Ayyubi…




Batch 786 elit
Tajuk:


 Al-quran; Ingat-ingat Lupa?


 Hadit :


 Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” (al-Bukhari dan Muslim)


 Huraian


Jika kita perhatikan di sekeliling kita, sama ada diri kita sendiri, teman-teman atau sanak saudara, berapa peratuskah yang menghafal Al Quran? Membaca al-Quran sebenarnya adalah langkah awal berinteraksi dengan al-Quran. Bahkan tidak cukup sekadar dibaca tetapi juga mesti dihafal dan difahami isi kandungannya. Menghafal al-Quran menjadi makanan hati dan inilah yang diperlukan untuk memerangi bisikan syaitan yang sentiasa memujuk kita untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Tetapi itulah hakikatnya bahawa hanya segelintir sahaja orang yang menghafal dan memahami al-Quran. Maka bagaimana al-Quran dapat menjadi pedoman hidup seorang Muslim jika amalan membaca dan memahaminya belum lagi dilakukan? Justeru ramai di kalangan kaum Muslimin yang buta al-Quran. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua sehingga kita menjadi orang-orang yang mencintai al-Quran, membacanya, menghafalnya, memahaminya dan mengamalkan isi kandungannya.





Batch 786 elit

Ahli 786 mendapat anugerah junior terbaik QG93



MUHAMMAD Fitri Bin Faisal,kawan kita yang tidak asing lagi telah dinobatkan sebagai Junior Terbaik oleh Abang-abang Tingkatan Lima 2010 atau Quranic Generation 93 (QG93) hasil pengundian mereka semua.Saudara Fitri juga mendapat undian terbanyak kemudian diikuti oleh saudara Khalid dari tingkatan 2.Tahniah buat mereka....

SELAMAT HARI GURU!!!

oh guruku...
kau penyuluh hidupku..
menerangi,alam ini..
kan ku anggapkan,sebagai
IBU BAPAKU...

Demikian petikan lagu yang dinyanyikan pada Sambutan Hari Guru 2010 SMTAQ pada hari isnin,17 Mei 2010.Kami dari seluruh TINGKATAN TIGA Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di sekolah kami khususnya para pendidik kami...::
::Ust. Jeffry & Ustzh. Hayati ->TAHFIZ
::Ustzh. Zaiti Akhtar ->BAHASA MALAYSIA
::Ust. Johari -> ALLUGHAH AL-ARABIAH
::Teacher Bariah->ENGLISH LANGUAGE
::Cikgu Irwan->SAINS
::Cikgu Rozaida->MATEMATIK
::Cikgu Siti Hawa->SEJARAH
::Cikgu Ngaisah->GEOGRAFI
::Ust. Dahlan->PENDIDIKAN ISLAM
::Cikgu Haishah->KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 3
::Ust.Abdullah->PENDIDIKAN JASMANI
::Ust.Ismail->SIVIK

dan semua para pendidik sekolah kami...harap ampunkan kesalahan dan keesilapan kami selama ini...berkatilah ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami...dan doakan kejayaan kami semoga kami lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan besar PMR & SPM..insyaALLAH,kami akan buktikan kepada semua guru bahawa kami akan berjaya didunia dan diakhirat kelak..kami juga akan mendoakan kesejahteraan semua..semoga para pendidik kami berada dalam selamat,sejahtera dan low-pressure untuk mendidik para pengHUFFAZ di sekolah ini...AMIN....

CuTi sEkOLAH!!!!

Assalamualaikum semua...kita berjumpa lagi dalam blog ini..:) Cuti sekolah datang lagi,minda kita blom rehat lagi.Cuti pon,cuti gak....Tapi,ada bekalan kerja rumah!! Lebih tebal daripada modul tusyen tetiap mlm...lepas tu,Al-Quran,jangan dicutikan.Kerana kita sebagai HAMLATUL QURAN,kita patut menjaga,mengingati,menghayati,dan mengamalkan AYAT AYAT ALLAH yang kita hafal selama ini...
Sebagai seorang pelajar,lebih-lebih lagi HAMLATUL QURRA dan tingkatan harapan,kita diwajibkan MENJALANKAN AMANAH yang diberikan oleh ALLAH dan RASULNYA dan IBU BAPA dan juga GURU.Maknanya,kita hendaklah menyiapkan kerja2 tersebut.kalau tak,...


NAHAS KO DUNIA AKHIRAT!!! hahaha..
anyway,salam holiday....